SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Khamis, 14 Julai 2011

PROGRAM MENGISI DANA PERSATUAN

                                                       PENASIHAT
            MAJLIS AMAL BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK OKU PEKAK

Persatuan akan mengadakan Majlis amal tersebut pada 13hb Ogos 2011, bersamaan 13 Ramadhan 1432H
bertempat di Dewan Masjid Salahuddin Al - Ayyubi. Taman Melati. Setapak. Kuala Lumpur. Program di jangka bermula pada pukul 4.30 petang hingga 8.00 malam.

Sehubungan itu, saya selaku Penasihat Program, merayu kepada Badan-Badan Koperat, Syarikat - Syarikat Ternama, Pihak- Pihak Individu yang budiman agar dapat membeli atau menaja meja-meja makan dalam majlis berbuka bersama anak-anak OKU pekak pada tarikh tersebut,

Satu meja makan bersama 10 buah kerusi akan dijual sebanyak RM1,000.00 ( satu ribu ringgit ), dan tuan/puan boleh membeli secara menaja seorang anak OKU untuk satu kerusi yang bernilai RM100.00 seorang. Sekiranya tuan/puan berminat dan ingin membuat amal kebajikan atau ingin menghulur bantuan atau bayaran wang zakat perniagaan, zakat persendirian , bolehlah menghubungi pihak kami di talian 03- 26972113 ( Cik Roraziah ), waktu pejabat atau hubungi Pengerusi program, Tuan Haji Ritzuan di talian 019-4410663.

Terima kasih.

Rabu, 13 Julai 2011

UNIT BARU PESIBA

Pada 25hb Jun 2011,
 Unit Remaja Pesiba telah bertukar nama kepada Unit Belia Remaja Pesiba. Ini berikutan dengan keputusan Mesyuarat Agong Unit Remaja pada hari tersebut. Pemilihan AJK baru telah di buat dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli dan mereka diberi mandat untuk mentadbir Unit tersebut selama dua tahun. UBRP terbuka kepada semua belia dan remaja pekak yang berbilang kaum berumur 15 tahun hingga 35 tahun.

Unit Belia Remaja Pekak akan sentiasa di awasi oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak Anak Pekak Kuala Lumpur ( PESIBA ) selaku Penasihat. Semua program yang akan dijalankan oleh UBRP akan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pihak Pesiba. Program pertama UBRP ialah Kem Kepimpinan yang akan diadakan pada bulan Disember ini bertempat di Ulu Yam.Selangor.



Jumaat, 20 Mei 2011

MAJLIS HI-TEA BERSAMA MFD


Pada 7hb Mei 2011, PESIBA dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah mengadakan majlis pertemuan mesra untuk berbincang dan bermesyuarah berhubung dengan isu semasa. Objektif pertemuan dan perbincangan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara PESIBA dan MFD berhubungkait dengan kedudukkan Pesiba sebagai Ahli Gabungan dan isu-isu lain yang membabitkan kepentingan anak-anak OKU kurang pendengaran.

Pihak Pesiba diwakili oleh Yang Dipertua, Hj Md Nadzri Mahmud dan disertai bersama dengan barisan Ahli Jawatankuasa dan daripada pihak MFD, diketuai oleh Presidennya, Encik Sazali Shaari dan disertai bersama dengan Ahli Majlisnya. Tidak ketinggalan Cik Zuraidah Abu, Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia.


Posted by Picasa

Isnin, 11 April 2011

PENDERAAN ANAK-ANAK PEKAK DI ASRAMA SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa pihak persatuan amat berdukacita dan kesal dengan kejadian yang berlaku kes penderaan anak-anak OKU Pendengaran yang keterlaluan oleh segelintir pelajar senior di salah sebuah sekolah berasrama.
Kelakuan dan perbuatan yang tidak berperikemanusian oleh pelajar senior tersebut boleh di lihat di laman Youtube

atau budak bisu/pekak didera.

Pihak persatuan tidak dapat menerima perlakuan ganas murid senior tersebut dan menekan supaya mereka yang terbabit perlu di ambil tindakan bagi mengelakkan insiden tersebut tidak berulang.

Khamis, 7 April 2011

TERKILAN

Hari Jumaat, Mac 2011

Saya amat terkilan dan serba salah di buatnya kerana saya telah diminta menjadi jurubahasa isyarat kepada sekumpulan anak anak remaja pekak semasa saya berada di dalam Masjid ditempat saya semasa menunaikan fardhu Jumaat, Didalam segmen Kuthbah, Anak-anak ini dengan ikhlasnya, memohon saya menjadi jurubahasa isyarat untuk mereka ketika katib membaca kuthbah, malangnya saya tidak dapat memenuhi hajat mereka.

Saya boleh berbahasa isyarat, tapi tahap kebolehan saya tidak dapat memenuhi kehendak mereka kerana saya bimbang bahasa isyarat yang saya akan gunakan nanti tidak boleh difahami oleh mereka. Saya amat kesal dan memohon maaf kepada anak-anak ini. dari raut wajah mereka, mereka amat kesal kerana saya tidak dapat membantu mereka.

Dari saat itu, saya berazam akan terus mempelajari bahasa isyarat kerana di saat beginilah keperluan berbahasa isyarat amat diperlukan terutama sekali untuk berkomunikasi dan berintereksi dengan anak-anak OKU pendengaran..  

DIPLOMA JURUBAHASA ISYARAT

TWINTECH International University College Of Technology, Kampus Sri Damansara, Kuala Lumpur telah menawarkan tempat untuk pengajian Diploma Jurubahasa Isyarat kepada Lulusan SPM yang mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit.

Anda boleh layari www.twintech.edu.my atau hubungi hotline 1-300-88-1200 untuk keterangan lanjut.

Sumber : Metro Edisi Ahad, 27 Mac 2011

Selasa, 19 Oktober 2010

MEMOHON MAAF

Penulis memohon maaf kepada sesiapa yang melayari Laman Blog ini kerana sekian lama tidak memaparkan berita-berita terkini berhubung dengan aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang enam bulan lepas. InsyaAllah pihak persatuan akan memaparkan segala aktiviti yang telah berlaku yang terdahulu. Ada sedikit perubahan tentang imej laman blog ini dan ianya bertujuan untuk mengemaskini untuk memberi paparan yang terbaik dan menarik.