SELAMAT DATANG
KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN
No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :
Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.
Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699
AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA
Rabu, 16 Julai 2008
Selasa, 8 Julai 2008
BAHASA KOMUNIKASI ORANG PEKAK

Terdapat 4 bahasa komunikasi untuk orang pekak yang boleh digunapakai dan yang manakah satu yang boleh kita iiktirafkan sebagai Bahasa Komunikasi untuk mereka.
1. Kod Tangan Bahasa Melayu ( Kom.Seluroh Kod Tangan Bahasa Melayu) KTBM
2. Bahasa Isyarat Malaysia - BIM
3. Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia - PKBM
4. Penulisan Bahasa Malaysia - PBM
berpandukan kepada ukuran ketidakupayaan pendengaran sepertimana di bawah, penulis berpendapat bahawa intervensi awalan untuk anak-anak pekak mempelajari serta menguasai bahasa komunikasi hendaklah berpandukan kepada tahap pendengaran masing-masing dan tiada paksaan untuk mereka untuk memilih bahasa yang akan digunakan. Semua jenis bahasa komunikasi yang tersebut di atas adalah terbaik dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk memilihnya.
1. minimum (mild) - ( 20 - 30db
2. sederhana ( moderate ) - ( 30 -60db )
3. Teruk ( severe ) - ( 60 - 90db)
4. Sangat Teruk ( Profound ) - ( melebihi 90db )
2. sederhana ( moderate ) - ( 30 -60db )
3. Teruk ( severe ) - ( 60 - 90db)
4. Sangat Teruk ( Profound ) - ( melebihi 90db )
Semuga pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membuat kajian keseluruhan sebelum membuat keputusan bahasa komunikasi yang manakah yang perlu di iktiraf sebagai bahasa komunikasi di dalam sistem pembelajaran dan pelajaran untuk anak-anak pekak.
Sila lihat : http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/artikel.html
Selasa, 24 Jun 2008
Masalah Sosial Remaja Pekak

Sejak kebelakangan ini... banyak berita sensasi berhubung dengan masalah sosial anak-anak remja pekak telah terpampang di adalam akhbar harian terutama sekali kes-kes penipuan dan rogol. Pesiba amat bimbang dengan gejala seperti ini dan kami sentiasa berharap ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja pekak supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa memantau kehadiran anak-anak di luar rumah dan juga hendaklah mengenali rakan sebaya mereka
Kita, ibu bapa hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling mereka dan sentiasa mendampingi anak-anak semasa mereka berada di rumah. Mereka perlu di beri perhatian sepenuhnya dan sentiasa di beri kasih sayang yang tidak berbelah bagi dengan anak-anak normal yang lain. Di samping itu, kita perlu memberi pendidikan agama dan sahsiah hidup yang boleh membuatkan mereka sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. insyaAllah.
sila lihat : www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2557
Langgan:
Catatan (Atom)