SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Selasa, 7 Julai 2009

UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH


Ahli Majlis Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak-Anak Pekak Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.Bhg Dato Haji Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim beserta rombongannya termasuk Pengarah Bahagian Operasi dan Dakwah Jakim serta kakitangan yang sudi hadir bersama-sama anak-anak pekak dan dewasa pekak di dalam Majlis Ziarah Ukhuwah dengan Ketua Pengarah Jakim.

Semuga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak persatuan dengan pihak JAKIM. Keperihatinan pihak Jakim terutama sekali Y.Bhg Dato untuk bersama-sama dengan persatuan menjana masyarakat penyayang amatlah di alu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Rabu, 3 Jun 2009


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIT REMAJA PEKAK PESIBA

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK AHLI - ENCIK ZAINAL ABIDIN
Unit Remaja Pesiba telah mewakilkan seramai 15 orang sukarelawan untuk membantu melicinkan perjalan majlis perkahwinan Encik Zainal Abidin.Perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Remaja ini adalah salah satu program berbentuk program khidmat masyarakat,

Isnin, 25 Mei 2009

KELAS BAHASA ISYARAT UNTUK IBU BAPA








Bermula 30HB Mei 2008, pesiba akan membuka kelas bahasa isyarat untuk ibu bapa.Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari bahasa isyarat, sila telefon,Cik Roraziah, Pegawai Perhubungan Persatuan untuk membuat pendaftaran.Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM20.00 untuk 4 sessi sebulan. Bayaran yang dikenakant adalah untukmengisi Tabung Pendidikan Pesiba.

Kelas ini bertujuan untuk membantu ibu bapa mempelajari bahasa isyarat, dimana komunikasi di rumah amatlah penting kerana kita dapat dan boleh membantu anak-anak kita di dalam kerja-kerja rumah yang diarahkan oleh pihak sekolah dan juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kita. Kita tidak boleh mengharapkan sepenuhnya tugas dan tanggungjawab mendidik anak-anak ini kepada guru-guru sahaja.

Ahad, 17 Mei 2009

PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR PEKAK

Adalah dimaklumkan bahawa Pesiba akan mengadakan program kem motivasi pelajar pekak pada pertengahan bulan disember 2009, pihak persatuan ingin mendapat kerjasama daripada pihak ahli-ahli agar dapat memberi pandangan tentang program tersebut, iaitu:

1. Pengisian program
2. Umur peserta
3.Tempat yang bersesuaian,
4. Tarikh dan masa

Tuan/puan boleh menghatar e-mail, melalui nadzri@asmb.com.my.. pesibakl@yahoo.com.my, halijah@ssm.com.my

Pandang tuan/puan amatlah diperlukan dan dihargai. terima kasih.

Rabu, 29 April 2009

TENAGA PENGAJAR SUKARELAWAN. KELAS TAMBAHAN


PESIBA memerlukan beberapa orang tenaga pengajar sukarelawan untuk bertugas sebagai guru kelas tambahan untuk mengajar secara sukarela membantu anak-anak pekak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR. Pesiba akan memberi sedikit elaun pengangkutan. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah berurusan dengan Cik Roraziah di talian 03-26972113.

Khamis, 12 Februari 2009

Matlamat persatuan

  • Menggunakan pertubuhan sebagai satu platform untuk membincangkan masa kini dan masa depan anak-anak pekak
  • Menangani masalah pembelajaran dan pelajaran anak-anak pekak
  • Memberi bantuan dan sokongan moral , perangsangan fikiran secara motivasi , pemulihan keyakinan diri melalui kaunseling,berbincang dan bertukar fikiran dgn ahli
  • Memberi sokongan moral dan kewangan kepada ahli-ahli untuk masa depan anak-anak pekak memasuki pasaran kerja dan berdikari
  • Membantu anak-anak pekak membangun potensi, kebolehan , minat , bakat , kemahiran , pengetahuan sikap dan nilai-nilai sosial yang sesuai untuk menghadapi perubahan dan kemajuan diri

Matlamat ibu bapa

  • Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran akan mendapat pendidikan yang sempurna bagi menjamin masa depan mereka
  • Memastikan pendidikan akademik dan kemahiran serta pendidikan agama boleh membina mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat , agama dan Negara
  • Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran mendapat hak-hak sebagai warganegara Malaysia dan setaraf dengan anak-anak yang normal
  • Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran mendapat kasih sayang yang sama di dalam institusi kekeluargaan dan memastikan masa depan mereka akan terjamin dan boleh berdikari

Selasa, 10 Februari 2009

Khidmat Masyarakat PESIBA 2009

Walitulmatulurus Puan Aini Bertempat di 2347-2 simpang 3 batu 6 3/4 Gombak Kuala Lumpur pada 1 februari 2009

Seramai 12 org sukarelawan menyertai program khidmat masyarakat bagi tujuan menolong dan membuat kerja-kerja di majlis perkahwinan anak lelaki Puan Aini.