SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Selasa, 24 November 2009

PESIBA NEGERI SEMBILAN KEMBALI AKTIF


Pesiba Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak-anak Pekak Negeri Sembilan kerana dapat menghidupkan kembali PESIBA Negeri Sembilan. Satu taklimat telah dibuat di antara Pesiba KL dan Pesiba N9 pada 21hb November 2009 bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ampangan Seremban.


Banyak perkara telah dibincang dan dipersetujui bersama untuk menghidupkan kembali atau mengaktifkan kembali perjalanan persatuan. Pesiba Kl akan sentiasa bekerjasama untuk membantu Pesiba N9 menjalankan aktiviti-aktiviti harian atau tahunan demi untuk anak-anak pekak.

Harapan kami,semuga ibu bapa yang belum lagi menjadi ahli agar dapat mendaftarkan nama mereka dengan menghadirkan diri ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Ampangan. Seremban.

Pesiba Negeri Sembilan telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 2005 dan ianya masih sah pendaftarannya.

Semuga Berjaya.InsyaAllah.

Selasa, 27 Oktober 2009

PROGRAM TAHUNAN UNIT REMAJA PESIBA

Pesiba akan mengadakan lawatan sambil belajar untuk remaja pekak pesiba untuk menggantikan program tahunan seperti Kem Kepimpinan dan Kem Ibadah dimana ianya telah ditangguhkan ke tahun hadapan, cuti semester pertama 2010.
Program Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Trengganu adalah program pertama Pesiba yang membabitkan lawatan luar daripada Kuala Lumpur dan peserta-pesertanya adalah terdiri daripada anak-anak remaja pekak. Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak remaja tentang keindahan alam semulajadi,sejarah negeri,cara kehidupan dan kecantikan pusat-pusat pelancongan di Pantai Timur.
Anak-anak remaja pekak akan dibawa melawat kampong nelayan,pelabuhan kapal/bot nelayan, tempat-tempat bersejarah, tempat pembuatan kain songket dan batik , barang-barang tembaga, kilang keropok lekor dan keropok kering dan masjid kristal serta lain-lain tempat yang akan memberi manfaat dan pendidikan.
Pesiba juga akan bekerjasama dengan UiTM Dungun untuk memberi peluang kepada anak-anak remaja pekak untuk membuat lawatan serta mengadakan program-program pendidikan dan motivasi.
Tarikh yang dicadangkan ialah pada 18hb, 19hb dan 20hb Disember 2009. Anak-anak remja yang berminat, sila hubungi pejabat persatuan untuk pendaftaran awal. Tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja. Bayarannya belum ditentukan dan anggaran perbelajaan adalah lebih kurang RM50.00 seorang untuk 3 hari.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR



Kelas Pengembangan Bahasa, Pesiba Smart Centre akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar-pelajarnya yang berumur 7 tahun hingga 13 tahun pada hari Sabtu 31hb Oktober 2009 .
Pelajar-pelajar akan di bawa melawat tempat-tempat bersejarah disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PEMBATALAN PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH

Dukacitanya dimaklumkan bahawa program Pemantapan Akidah anjuran JAKIM dan Pesiba telah ditangguhkan kepada satu masa kelak kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakan. Pihak pesiba memohon ribuan ampun dan maaf kepada peserta-peserta yang telah mendaftarkan nama mereka. InsyaAllah pihak JAKIM akan Pesiba akan mengadakan program ini pada awal tahun hadapan.
Yang Dipertua .

Khamis, 27 Ogos 2009

PROGRAM IHYA RAMDHAN BERSAMA ORANG KURANG UPAYA PENDENGARAN

Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pesiba akan mengadakan Program Ihya Ramadhan bersama Orang Kurang Upaya Pendengaran pada 30hb & 31hb Ogos 2009 bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, pihak pesiba dengan sukacitanya menjemput anak-anak dan remaja pekak untuk bersama-sama menghadirkan diri di dalam program tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga ke majlis berbuka puasa dan seterusnya bersama-sama mendirikan solat terawih. Pada pukul 3.00 pagi hari isnin majlis Qiamulail akan di adakan beserta dengan kuliah subuh.

Ahad, 23 Ogos 2009

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH DAN PENGHAYATAN ISLAM



Pesiba dengan kerjasama Unit OKU ,Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) akan mengadakan program Kursus Pemantapan Akidah dan Penghayatan Islam untuk remaja pekak bertempat di:



Tarikh Program - 30hb Oktober - 1hb November 2009

Institut Latihan Dakawah Selangor ( ILDAS)
Sungai Lang Parit Baru
Sungai Air Tawar
45100 Sabak Bernam. Selangor

Keutamaan akan diberikan kepada remaja pekak daripada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah dan sekolah vokasional seluruh Malaysia. Juga tidak ketinggalan remaja-remaja lepasan sekolah khasnya daripada ahli-ahli daripada Persatuan-Persatuan Orang Pekak Negeri-Negeri dan ahli-ahli gabungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Beberapa slot penerangan dan ceramah akan diterapkan dalam kursus tersebut yang diharapkan ianya memberi manfaat dan panduan untuk peserta mengarungi kehidupan sebagai hamba Allah yang diredahi. Antara tajuk perbincangan ialah mengenal diri, solat membentuk peribadi mulia , konsep tauhid , akidah islamiah dan muhasabah diri.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, sila hubungi pejabat Pesiba di talian 03-26972113 atau sms 017-2892254 untuk mendapat keterangan lanjut. Tempat adalah terhad dan tiada bayaran dikenakan.

Rabu, 22 Julai 2009

PROGRAM MUTIARA HATI 11








PROGRAM MUTIARA HATI II .
SEK.MENENGAH.PEN.KHAS PERSEKUTUAN P.PINANG
PADA 18HB JULAI-19HB JULAI 2009, DEWAN KHIR JOHARI
Pesiba dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang turut menjayakan program tersebut yang berlangsung di dewan Khir Johari. Program tersebut telah mendapat sambutan baik daripada ibu bapa dan penjaga serta pelajar sekolah tersebut. Di antara program yang diberikan kepada ibu bapa dan pelajar tersebut ialah program motivasi diri dan jati diri. Pesiba mewakilkan Tuan Haji Md Nadzri dan Tuan Haji Fahro Rozi sebagai fasilitator program.
Pesiba mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama sekali kepada Pengetua sekolah, Puan Noormala Bt Mohamed yang sudi menjemput pesiba untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.