Sejak kebelakangan ini... banyak berita sensasi berhubung dengan masalah sosial anak-anak remja pekak telah terpampang di adalam akhbar harian terutama sekali kes-kes penipuan dan rogol. Pesiba amat bimbang dengan gejala seperti ini dan kami sentiasa berharap ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja pekak supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa memantau kehadiran anak-anak di luar rumah dan juga hendaklah mengenali rakan sebaya mereka
Kita, ibu bapa hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling mereka dan sentiasa mendampingi anak-anak semasa mereka berada di rumah. Mereka perlu di beri perhatian sepenuhnya dan sentiasa di beri kasih sayang yang tidak berbelah bagi dengan anak-anak normal yang lain. Di samping itu, kita perlu memberi pendidikan agama dan sahsiah hidup yang boleh membuatkan mereka sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. insyaAllah.
sila lihat : www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2557