SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Khamis, 12 Februari 2009

Matlamat persatuan

  • Menggunakan pertubuhan sebagai satu platform untuk membincangkan masa kini dan masa depan anak-anak pekak
  • Menangani masalah pembelajaran dan pelajaran anak-anak pekak
  • Memberi bantuan dan sokongan moral , perangsangan fikiran secara motivasi , pemulihan keyakinan diri melalui kaunseling,berbincang dan bertukar fikiran dgn ahli
  • Memberi sokongan moral dan kewangan kepada ahli-ahli untuk masa depan anak-anak pekak memasuki pasaran kerja dan berdikari
  • Membantu anak-anak pekak membangun potensi, kebolehan , minat , bakat , kemahiran , pengetahuan sikap dan nilai-nilai sosial yang sesuai untuk menghadapi perubahan dan kemajuan diri

Matlamat ibu bapa

  • Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran akan mendapat pendidikan yang sempurna bagi menjamin masa depan mereka
  • Memastikan pendidikan akademik dan kemahiran serta pendidikan agama boleh membina mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat , agama dan Negara
  • Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran mendapat hak-hak sebagai warganegara Malaysia dan setaraf dengan anak-anak yang normal
  • Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran mendapat kasih sayang yang sama di dalam institusi kekeluargaan dan memastikan masa depan mereka akan terjamin dan boleh berdikari