![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG0mznO3zUrmvjn6msHkvVggq9dHwLy3dtsJpqX0k8a_Eg8sB0nJOWJOKRfE704zu70g2MlmvghhjCMBB8vUTVCWWvLQImsY_bdobWnpqhsoBN1Nw3-bwdtt6elU0Wq0WsGxNdNiJtPQI/s240/Picture1.png)
SELAMAT DATANG
KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN
No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :
Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.
Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699
AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA
Selasa, 24 November 2009
PESIBA NEGERI SEMBILAN KEMBALI AKTIF
Selasa, 27 Oktober 2009
PROGRAM TAHUNAN UNIT REMAJA PESIBA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlWaBOw_HgY1oRMiIKI55bdx7ECa-RdjyjHEvxgrlpOUQbeylIzRCxOV44VJoz-qo_7tF7YuVO9jZj2-TYrsPb2Cvg9XxDwxHntGOUZrXhEpNgL90Evy5yMcnCoSGUHxslNB0AgLlf8kQ/s320/masjid+kristal+1.jpg)
PEMBATALAN PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH
Khamis, 27 Ogos 2009
PROGRAM IHYA RAMDHAN BERSAMA ORANG KURANG UPAYA PENDENGARAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY3-b2htfn1v4WM4QTvSZf8IGTbtWW3ZLQfIrqsjpOQ-T4uT6jbtZ0k5EW9eXW1n2L-AnLJLx16gw9JwhCW5EQlKbwkHmiuWfQFs9MX0ByIfMWp3Ng3vW5Qf9KVO3NMu441CLVA86cR9g/s320/180px-Inside_masjid_negara.jpg)
Ahad, 23 Ogos 2009
KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH DAN PENGHAYATAN ISLAM
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiN-g9bm-Ia2ctEn-RGxQvMdyOV_6YnlS9-qcnQwKhavsuz8CvZnjz3ZCiuEe1pfqMrxW1UX_hKdZWAGcN3KgO7csEt_KazY3CQ2_i676e8iDVB3qIWh9W8qcsWPw9GwETzpsR523BYuF8/s320/2374398110040815394obvUOY_ph.jpg)
Tarikh Program - 30hb Oktober - 1hb November 2009
Institut Latihan Dakawah Selangor ( ILDAS)
Sungai Lang Parit Baru
Sungai Air Tawar
45100 Sabak Bernam. Selangor
Keutamaan akan diberikan kepada remaja pekak daripada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah dan sekolah vokasional seluruh Malaysia. Juga tidak ketinggalan remaja-remaja lepasan sekolah khasnya daripada ahli-ahli daripada Persatuan-Persatuan Orang Pekak Negeri-Negeri dan ahli-ahli gabungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia.
Beberapa slot penerangan dan ceramah akan diterapkan dalam kursus tersebut yang diharapkan ianya memberi manfaat dan panduan untuk peserta mengarungi kehidupan sebagai hamba Allah yang diredahi. Antara tajuk perbincangan ialah mengenal diri, solat membentuk peribadi mulia , konsep tauhid , akidah islamiah dan muhasabah diri.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, sila hubungi pejabat Pesiba di talian 03-26972113 atau sms 017-2892254 untuk mendapat keterangan lanjut. Tempat adalah terhad dan tiada bayaran dikenakan.
Rabu, 22 Julai 2009
PROGRAM MUTIARA HATI 11
Rabu, 15 Julai 2009
DISKRIMINASI MASIH UJUD
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilKS5FovfTAuktoZvhkj9G4uatN0dG7rrZeqEbCjn5sujdeXJhDBogj3DVHdm7chb36l2fgahWZXaGQB6Q9ZsJtJAQQq7KZRN-5c-uQuctsS9YcOsg1tNze5GKJStB_3yOTFnrfiLjen4/s320/farena.jpg)
Untuk pengetahuan, pada sekitar tahun duapuluhan (2001) anak-anak kurang upaya pendengaran disaran dan diwajibkan berada dan belajar di sekolah rendah selama lapan tahun. Iaitu satu tahun lebih berada di tahun satu dan dua tahun di tahun enam dan kemudiannya ke sekolah menegah. Selepas SPM anak-anak ini telah mencapai umur 20 tahun.
Masalah teknikal dan prosedur seperti ini adalah salah satu sebab mengapa Nik Farena telah ditolak permohonannya. Kes seperti ini juga terjadi kepada anak saya ketika memohon memasuki Maktab Perguruan 3 tahun dahulu. Dan berkemugkinan lagi perkara seperti ini akan berulang pada setiap tahun dan ini adalah satu diskriminasi terhadap oku cacat pendegaran yang berkelayakkan.
Pokoknya kita tidak perlu memberitahu rakyat Malaysia, bahawasanya kerajaan amat perihatin kepada golongan orang kurang upaya. Berilah sedikit kelonggaran kepada mereka kerana mereka amat tersiksa semasa di alam persekolahan, menduduki setiap peperiksaan seperti UPSR , PMR dan SPM dengan menghadapi kertas peperiksan yang sama tarafnya dengan pelajar-pelajar normal.
Kita pasti akan merasa kerugian kerana mereka mempunyai kelayakkan tetapi faktor umur telah membantut cita-cita mereka untuk menjadi seorang pendidik. Hak-hak mereka telah disekat disebabkan masalah yang kecil lagi remeh. Berilah peluang kepada mereka kerana mereka juga ingin berbakti kepada masyarakat dan negara. Semuga kes ini mendapat perhatian daripada Kementerian-Kementerian yang berkenaan.
Selasa, 7 Julai 2009
UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH
Semuga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak persatuan dengan pihak JAKIM. Keperihatinan pihak Jakim terutama sekali Y.Bhg Dato untuk bersama-sama dengan persatuan menjana masyarakat penyayang amatlah di alu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Rabu, 3 Jun 2009
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEm6CGzWfIjTc9tQOweYhRzWUwXfHN5vNvyOxVogSjpELwoyNJgEKbNyG4sK0iDwe6HowXroCXKNOXMM8z_3sruL3p0kpDbKaAWghWH3AvG7u7x0mtW8bxxNDnmbl5_RiDO725tZU8uyg/s320/kahwin+anak+zainal.jpg)
Isnin, 25 Mei 2009
KELAS BAHASA ISYARAT UNTUK IBU BAPA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiBdwlfoxJu22QblvfRZqag48S1Eu2cfm5GlwklLx9KHpg5uGB_FQg8058ZkGiLu5GpUZb5HT9QtW-LBN9U0slvOyTLUSApf9MiswpjaZ6GXppf5fiWNR-tODSaftxlhq8yXD1w_ccWd8/s320/anakku.blog.jpg)
Kelas ini bertujuan untuk membantu ibu bapa mempelajari bahasa isyarat, dimana komunikasi di rumah amatlah penting kerana kita dapat dan boleh membantu anak-anak kita di dalam kerja-kerja rumah yang diarahkan oleh pihak sekolah dan juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kita. Kita tidak boleh mengharapkan sepenuhnya tugas dan tanggungjawab mendidik anak-anak ini kepada guru-guru sahaja.
Ahad, 17 Mei 2009
PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR PEKAK
1. Pengisian program
2. Umur peserta
3.Tempat yang bersesuaian,
4. Tarikh dan masa
Tuan/puan boleh menghatar e-mail, melalui nadzri@asmb.com.my.. pesibakl@yahoo.com.my, halijah@ssm.com.my
Pandang tuan/puan amatlah diperlukan dan dihargai. terima kasih.
Rabu, 29 April 2009
TENAGA PENGAJAR SUKARELAWAN. KELAS TAMBAHAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMqBk-YWEH52wFbac8-kI9DB3GDDjAl95kJDoLxliJ0UjCZrEylBzWCex2wpd9LMz8Wkb3UuS2UHg388PYsi_PRcmTUlFe5mIwsz4GJJcg-81TpQjRjfOQl1CrT8VqmBMrwtIDEbVjBww/s320/kelas+bahasa+isyarat.jpg)
Khamis, 12 Februari 2009
Matlamat persatuan
- Menggunakan pertubuhan sebagai satu platform untuk membincangkan masa kini dan masa depan anak-anak pekak
- Menangani masalah pembelajaran dan pelajaran anak-anak pekak
- Memberi bantuan dan sokongan moral , perangsangan fikiran secara motivasi , pemulihan keyakinan diri melalui kaunseling,berbincang dan bertukar fikiran dgn ahli
- Memberi sokongan moral dan kewangan kepada ahli-ahli untuk masa depan anak-anak pekak memasuki pasaran kerja dan berdikari
- Membantu anak-anak pekak membangun potensi, kebolehan , minat , bakat , kemahiran , pengetahuan sikap dan nilai-nilai sosial yang sesuai untuk menghadapi perubahan dan kemajuan diri
Matlamat ibu bapa
- Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran akan mendapat pendidikan yang sempurna bagi menjamin masa depan mereka
- Memastikan pendidikan akademik dan kemahiran serta pendidikan agama boleh membina mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat , agama dan Negara
- Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran mendapat hak-hak sebagai warganegara Malaysia dan setaraf dengan anak-anak yang normal
- Memastikan anak-anak kurang upaya pendengaran mendapat kasih sayang yang sama di dalam institusi kekeluargaan dan memastikan masa depan mereka akan terjamin dan boleh berdikari
Selasa, 10 Februari 2009
Khidmat Masyarakat PESIBA 2009
Isnin, 9 Februari 2009
KEM BINA INSAN REMAJA / BELIA PEKAK 2008
LEMBAH AZWEN RESORT, Batu 14,
Sungai Gahal, Hulu Langat, 43100 Selangor
27hb – 29hb Disember 2008
Dengan Kerjasama
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Perbentangan bendera daripada salah satu kumpulan
Peserta sedang mengatur strategi sebelum memulakan pertandingan
Berehat di check point pertama setelah
5 km meredah hutan
Majlis penyampaian cenderamata kepada perasmi program
Semua peserta bergambar sebelum bersurai sebagai tanda kenangan.