Adalah dimaklumkan bahawa Pesiba akan mengadakan program kem motivasi pelajar pekak pada pertengahan bulan disember 2009, pihak persatuan ingin mendapat kerjasama daripada pihak ahli-ahli agar dapat memberi pandangan tentang program tersebut, iaitu:
1. Pengisian program
2. Umur peserta
3.Tempat yang bersesuaian,
4. Tarikh dan masa
Tuan/puan boleh menghatar e-mail, melalui nadzri@asmb.com.my.. pesibakl@yahoo.com.my, halijah@ssm.com.my
Pandang tuan/puan amatlah diperlukan dan dihargai. terima kasih.
Kem yang dicadangkan hendaklah lebih berkesan lagi, saban tahun program tersebut di adakan di pusat reakerasi sahaja, yang dipenuhi dengan program out -door, perubahan perlu dibuat untuk tidak di buat secara out-door. saya cadangkan ianya perlu dibuat di hotel atau pusat motivasi yang berorentasikan brain-wash.
BalasPadamkem yang diadakan biarlah ala-ala program plkn
BalasPadamsaya ingin mencadangkan :
BalasPadam1- Pengisian program biarlah bertetapan dgn objektif & matlamat sebenar pesiba & lebih mengutamakan majoriti sebenar keupayaan anak-anak pekak masakini.
Lebihkan dorongan / bimbingan & pendedahan kpd mereka yg tercicir dari segi akademik
2- Umur peserta biarlah remaja yang sudah boleh agak2 berfikir/ unt berdikari, supaya selepas program mereka dapat manfaatnya unt perubahan kepada diri mereka.
3-Tempat lokasi biarlah bersesuaian dgn objektif atau pengkhususan program , begitu juga:
- jika program berkaitan dgn perniagaan, maka lawatan ke tempat2yg berkaitan hendaklah diadakan
- jika program berkaitan dgn pekerjaan, maka lawatan ke pelbagai pejabat harus di buat
4- Tarikh - semasa cuti akhir tahun.
jangkamasa > < 1 minggu supaya mereka benar-benar dapat menghayati pengisian program -
pada kebiasaannya program yg diadakan hanya 2malam 3hari sahaja-mereka belum dpt meresap tujuan program, dah bersiap2 unt balik pula,
oleh kerana mereka adalah warga oku yg kekurangan SATU, maka mereka haruslah diberikan DUA ( 2 kali ganda MASA, PERUNTUKAN WANG RINGGIT, PROGRAM KEM MOTIVASI, MASA PROGRAM dan sebagainya)
Semoga program kem motivasi pelajar pekak dapat manfaat dan memperolehi perubahan yang sewajarnya kepada anak-anak pekak selepas genap 10 tahun penubuhan pesiba di malaysia
ikhlas dari
mama & papa pekak