Saya amat terkilan dan serba salah di buatnya kerana saya telah diminta menjadi jurubahasa isyarat kepada sekumpulan anak anak remaja pekak semasa saya berada di dalam Masjid ditempat saya semasa menunaikan fardhu Jumaat, Didalam segmen Kuthbah, Anak-anak ini dengan ikhlasnya, memohon saya menjadi jurubahasa isyarat untuk mereka ketika katib membaca kuthbah, malangnya saya tidak dapat memenuhi hajat mereka.
Saya boleh berbahasa isyarat, tapi tahap kebolehan saya tidak dapat memenuhi kehendak mereka kerana saya bimbang bahasa isyarat yang saya akan gunakan nanti tidak boleh difahami oleh mereka. Saya amat kesal dan memohon maaf kepada anak-anak ini. dari raut wajah mereka, mereka amat kesal kerana saya tidak dapat membantu mereka.
Dari saat itu, saya berazam akan terus mempelajari bahasa isyarat kerana di saat beginilah keperluan berbahasa isyarat amat diperlukan terutama sekali untuk berkomunikasi dan berintereksi dengan anak-anak OKU pendengaran..