SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Rabu, 15 Julai 2009

DISKRIMINASI MASIH UJUD



Nik Farena Camylia, adalah remaja OKU pendengaran dan juga adalah salah seorang calon yang berkelayakkan untuk menjadi seorang pendidik. beliau telah mempunyai syarat-syarat kelayakkan akademik dan ko-kurikulum untuk memasuki Maktab Perguruan. Malangnya keputusan yang diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan menolak permohonannya atas faktor umur yang melebihi had kelayakkan telah menjejaskan peluang untuk memenuhi cita-citanya.

Untuk pengetahuan, pada sekitar tahun duapuluhan (2001) anak-anak kurang upaya pendengaran disaran dan diwajibkan berada dan belajar di sekolah rendah selama lapan tahun. Iaitu satu tahun lebih berada di tahun satu dan dua tahun di tahun enam dan kemudiannya ke sekolah menegah. Selepas SPM anak-anak ini telah mencapai umur 20 tahun.

Masalah teknikal dan prosedur seperti ini adalah salah satu sebab mengapa Nik Farena telah ditolak permohonannya. Kes seperti ini juga terjadi kepada anak saya ketika memohon memasuki Maktab Perguruan 3 tahun dahulu. Dan berkemugkinan lagi perkara seperti ini akan berulang pada setiap tahun dan ini adalah satu diskriminasi terhadap oku cacat pendegaran yang berkelayakkan.

Pokoknya kita tidak perlu memberitahu rakyat Malaysia, bahawasanya kerajaan amat perihatin kepada golongan orang kurang upaya. Berilah sedikit kelonggaran kepada mereka kerana mereka amat tersiksa semasa di alam persekolahan, menduduki setiap peperiksaan seperti UPSR , PMR dan SPM dengan menghadapi kertas peperiksan yang sama tarafnya dengan pelajar-pelajar normal.

Kita pasti akan merasa kerugian kerana mereka mempunyai kelayakkan tetapi faktor umur telah membantut cita-cita mereka untuk menjadi seorang pendidik. Hak-hak mereka telah disekat disebabkan masalah yang kecil lagi remeh. Berilah peluang kepada mereka kerana mereka juga ingin berbakti kepada masyarakat dan negara. Semuga kes ini mendapat perhatian daripada Kementerian-Kementerian yang berkenaan.

4 ulasan:

  1. Kes-kes seperti inilah yang menuntut setiap ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak OKU pendengaran tampil ke hadapan berganding bahu dengan menyertai pesiba dgn menyuarakan idea & bekerjasama membawa perkara ini ke pihak yang sepatutnya bertanggungjawab. Kita tidak mahu sikap diskriminasi ini masih wujud di Jabatan-Jabatan Kerajaan yng mana seluruh masykt telah dihebahkan bahawa Kerajaan Prihatin kpd semua OKU.

    BalasPadam
  2. inilah masanya pihak persatuan atau ngo mainkan peranan memenuhi perjuangan sebenar TUJUAN & MATLAMAT PERSATUAN. kalau hanya pihak ibubapa sahaja memang tidak dilayan, maaflah kalau saya keterlaluan, kerana hanya pihak persatuan saja yang mewakili suara-suara ibubapa anak pekak. inilah masanya pesiba muncul kehadapan dengan memenuhi matlamat sebenar kewujudan pesiba. terima kasih

    BalasPadam
  3. Terima Kasih kerana membawa issue umur ni ketengah. Dari apa yang saya perhatikan, issue ni dah lama dan saya berasa sangat sedih kerana issue ni di biarkan berlarutan sampai kini. Alangkah kecewa nya anak2 OKU pendengaran, bila permohonan di tolak bulat2 hanya kerana umur. Kita ada NGO dan persatuan2 OKU pendengaran untuk mengetengahkan issue ini ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Di manakah mereka? Saya berharap PESIBA dapat memulakan langkah untuk mengetengahkan hal ini ke BPG dan MOE supaya anak2 OKU yang "terlajak umur" yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini dan yang akan datang, tidak melalui kekecewaan yang di rasai oleh Nik Farena, Dayana dan lain2 lagi. Kita perlukan pendidik2 OKU pendengaran kerana mereka dapat memahami secara terperinchi anak2 OKU pendengaran yang semakin tahun bertambah ramai.

    BalasPadam
  4. Saya, seorang pekak pernah menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas ( satu salah kumpulan OKU yang pertama diterima di Maktab Perguruan Ilmu Khas) dan menjadi guru siswazah sekarang sebaik-baiknya tamat belajar di UKM. Saya difahamkan bahawa kes ini terjadi mungkin disebabkan syarat-syarat kemasukan ke Maktab Perguruan semakin ketat akibat permintaan terhadap permohonan masuk ke Maktab semakin tinggi. Ibu bapa Nik Farena dan PESIBA boleh mengemukakan isu ini kepada Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pendidikan Guru. Terus Berusaha untuk dapat tempat untuk Nik Farena. Peluang bergantung ke atas usaha ibu bapa NiK dan PESIBA.

    BalasPadam