SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Khamis, 14 Julai 2011

PROGRAM MENGISI DANA PERSATUAN

                                                       PENASIHAT
            MAJLIS AMAL BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK OKU PEKAK

Persatuan akan mengadakan Majlis amal tersebut pada 13hb Ogos 2011, bersamaan 13 Ramadhan 1432H
bertempat di Dewan Masjid Salahuddin Al - Ayyubi. Taman Melati. Setapak. Kuala Lumpur. Program di jangka bermula pada pukul 4.30 petang hingga 8.00 malam.

Sehubungan itu, saya selaku Penasihat Program, merayu kepada Badan-Badan Koperat, Syarikat - Syarikat Ternama, Pihak- Pihak Individu yang budiman agar dapat membeli atau menaja meja-meja makan dalam majlis berbuka bersama anak-anak OKU pekak pada tarikh tersebut,

Satu meja makan bersama 10 buah kerusi akan dijual sebanyak RM1,000.00 ( satu ribu ringgit ), dan tuan/puan boleh membeli secara menaja seorang anak OKU untuk satu kerusi yang bernilai RM100.00 seorang. Sekiranya tuan/puan berminat dan ingin membuat amal kebajikan atau ingin menghulur bantuan atau bayaran wang zakat perniagaan, zakat persendirian , bolehlah menghubungi pihak kami di talian 03- 26972113 ( Cik Roraziah ), waktu pejabat atau hubungi Pengerusi program, Tuan Haji Ritzuan di talian 019-4410663.

Terima kasih.

Rabu, 13 Julai 2011

UNIT BARU PESIBA

Pada 25hb Jun 2011,
 Unit Remaja Pesiba telah bertukar nama kepada Unit Belia Remaja Pesiba. Ini berikutan dengan keputusan Mesyuarat Agong Unit Remaja pada hari tersebut. Pemilihan AJK baru telah di buat dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli dan mereka diberi mandat untuk mentadbir Unit tersebut selama dua tahun. UBRP terbuka kepada semua belia dan remaja pekak yang berbilang kaum berumur 15 tahun hingga 35 tahun.

Unit Belia Remaja Pekak akan sentiasa di awasi oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak Anak Pekak Kuala Lumpur ( PESIBA ) selaku Penasihat. Semua program yang akan dijalankan oleh UBRP akan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pihak Pesiba. Program pertama UBRP ialah Kem Kepimpinan yang akan diadakan pada bulan Disember ini bertempat di Ulu Yam.Selangor.



Jumaat, 20 Mei 2011

MAJLIS HI-TEA BERSAMA MFD


Pada 7hb Mei 2011, PESIBA dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah mengadakan majlis pertemuan mesra untuk berbincang dan bermesyuarah berhubung dengan isu semasa. Objektif pertemuan dan perbincangan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara PESIBA dan MFD berhubungkait dengan kedudukkan Pesiba sebagai Ahli Gabungan dan isu-isu lain yang membabitkan kepentingan anak-anak OKU kurang pendengaran.

Pihak Pesiba diwakili oleh Yang Dipertua, Hj Md Nadzri Mahmud dan disertai bersama dengan barisan Ahli Jawatankuasa dan daripada pihak MFD, diketuai oleh Presidennya, Encik Sazali Shaari dan disertai bersama dengan Ahli Majlisnya. Tidak ketinggalan Cik Zuraidah Abu, Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia.


Posted by Picasa

Isnin, 11 April 2011

PENDERAAN ANAK-ANAK PEKAK DI ASRAMA SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa pihak persatuan amat berdukacita dan kesal dengan kejadian yang berlaku kes penderaan anak-anak OKU Pendengaran yang keterlaluan oleh segelintir pelajar senior di salah sebuah sekolah berasrama.
Kelakuan dan perbuatan yang tidak berperikemanusian oleh pelajar senior tersebut boleh di lihat di laman Youtube

atau budak bisu/pekak didera.

Pihak persatuan tidak dapat menerima perlakuan ganas murid senior tersebut dan menekan supaya mereka yang terbabit perlu di ambil tindakan bagi mengelakkan insiden tersebut tidak berulang.

Khamis, 7 April 2011

TERKILAN

Hari Jumaat, Mac 2011

Saya amat terkilan dan serba salah di buatnya kerana saya telah diminta menjadi jurubahasa isyarat kepada sekumpulan anak anak remaja pekak semasa saya berada di dalam Masjid ditempat saya semasa menunaikan fardhu Jumaat, Didalam segmen Kuthbah, Anak-anak ini dengan ikhlasnya, memohon saya menjadi jurubahasa isyarat untuk mereka ketika katib membaca kuthbah, malangnya saya tidak dapat memenuhi hajat mereka.

Saya boleh berbahasa isyarat, tapi tahap kebolehan saya tidak dapat memenuhi kehendak mereka kerana saya bimbang bahasa isyarat yang saya akan gunakan nanti tidak boleh difahami oleh mereka. Saya amat kesal dan memohon maaf kepada anak-anak ini. dari raut wajah mereka, mereka amat kesal kerana saya tidak dapat membantu mereka.

Dari saat itu, saya berazam akan terus mempelajari bahasa isyarat kerana di saat beginilah keperluan berbahasa isyarat amat diperlukan terutama sekali untuk berkomunikasi dan berintereksi dengan anak-anak OKU pendengaran..  

DIPLOMA JURUBAHASA ISYARAT

TWINTECH International University College Of Technology, Kampus Sri Damansara, Kuala Lumpur telah menawarkan tempat untuk pengajian Diploma Jurubahasa Isyarat kepada Lulusan SPM yang mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit.

Anda boleh layari www.twintech.edu.my atau hubungi hotline 1-300-88-1200 untuk keterangan lanjut.

Sumber : Metro Edisi Ahad, 27 Mac 2011

Selasa, 19 Oktober 2010

MEMOHON MAAF

Penulis memohon maaf kepada sesiapa yang melayari Laman Blog ini kerana sekian lama tidak memaparkan berita-berita terkini berhubung dengan aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang enam bulan lepas. InsyaAllah pihak persatuan akan memaparkan segala aktiviti yang telah berlaku yang terdahulu. Ada sedikit perubahan tentang imej laman blog ini dan ianya bertujuan untuk mengemaskini untuk memberi paparan yang terbaik dan menarik.

Ahad, 7 Mac 2010

DALAM KENANGAN - AL- FATIHAH



DALAM KENANGAN

Pesiba mengucapkan takziah kepada En. Abd. Hamid (Pak Hamid) dan keluarganya kerana kembalinya ke rahmahtullah isteri tersayang (juga ibu kepada adik Nadia) Allahyarhamah Puan Zainab Ibrahim pada hari sabtu 5hb Mac 2010.

Sesungguhnya sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh Allahyarhamah kepada pesiba selama 10 tahun sejak penubuhannya amatlah kami hargai. Kami amat terasa atas kepemergian Allahyarhamah yang selama ini kami anggapkan satu keluarga di dalam persatuan. Beliau adalah salah seorang dari pengasas utama pesiba, sumbanganya adalah amat ternilai yang tiada gantinya bagi kami.

Sesungguhnya kembalinya beliau ke rahmattullah merupakan suatu kehilangan yang besar buat pesiba, namun Allah lebih menyayanginya. Kami berdoa moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan diletakkan bersama-sama dengan orang yang solehin. AMIN.

Selasa, 9 Februari 2010

KHIDMAT MASYARAKAT - UNIT REMAJA PESIBA (URP)



PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - REMAJA PESIBA (URP)

Unit Remaja Pesiba telah memulakan program tahunan mereka dengan mengadakan kerja-kerja gotong royong membantu menjayakan Majlis Perkahwinan anak Puan Aini Bt Ali - Penolong Setiausaha Pesiba bertempat di Simpang Empat Gomak pada hari Ahad 24hb Januari 2010.
Program Kemasyarakatan yang dijalankan adalah program yang pertama untuk aktiviti mereka pada tahun ini. sesiapa yang berminat untuk mendapat bantuan daripada mereka. sila hubungi pejabat pesiba.

Ahad, 7 Februari 2010

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE DUA PESIBA NEGERI SEMBILAN

UCAPAN TAHNIAH

Pesiba Kuala Lumpur mengucap tahniah kepada Pesiba Negeri Sembilan kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan
Kali Ke Dua pada 17hb Januari 2010 bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ampangan. Seremban. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi hadir. Kehadiran mereka menunjukan betapa prihatinnya mereka terhadap masa depan anak-anak OKU Pendengaran dengan memberi sokongan padu kepada Ahli Jawatankuasa baru yang terpilih.

Tahniah kepada:

Ahli Jawatankuasa Pesiba Negeri Sembilan Sesi 2010-2011

1. Encik Bakar bin Unus - Yang Dipertua
2. Cik Suzila Bt Mohd Syed - Naib Yang Dipertua
3. Encik Hussain Bin Yacob - Setiausaha
4. Cik Haslinda Bt Hosni - Penolong Setiausaha
5. Puan Rosmawati Bt Ahmad - Bendahari

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDARAYA BERSEJARAH MELAKA



PROGRAM UNIT REMAJA PESIBA

Unit Remaja Pesiba telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bandaraya Bersejarah Melaka pada 19hb dan 20hb Disember 2009. Seramai lebih kurang 40 orang remaja Pesiba dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan berjaya membuat lawatan di tempat-tempat bersejarah dan tempat tarikan pelancong. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan pendidikan kepada anak-anak ahli menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang sejarah negeri melaka.

Selasa, 24 November 2009

PESIBA NEGERI SEMBILAN KEMBALI AKTIF


Pesiba Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak-anak Pekak Negeri Sembilan kerana dapat menghidupkan kembali PESIBA Negeri Sembilan. Satu taklimat telah dibuat di antara Pesiba KL dan Pesiba N9 pada 21hb November 2009 bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ampangan Seremban.


Banyak perkara telah dibincang dan dipersetujui bersama untuk menghidupkan kembali atau mengaktifkan kembali perjalanan persatuan. Pesiba Kl akan sentiasa bekerjasama untuk membantu Pesiba N9 menjalankan aktiviti-aktiviti harian atau tahunan demi untuk anak-anak pekak.

Harapan kami,semuga ibu bapa yang belum lagi menjadi ahli agar dapat mendaftarkan nama mereka dengan menghadirkan diri ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Ampangan. Seremban.

Pesiba Negeri Sembilan telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 2005 dan ianya masih sah pendaftarannya.

Semuga Berjaya.InsyaAllah.

Selasa, 27 Oktober 2009

PROGRAM TAHUNAN UNIT REMAJA PESIBA

Pesiba akan mengadakan lawatan sambil belajar untuk remaja pekak pesiba untuk menggantikan program tahunan seperti Kem Kepimpinan dan Kem Ibadah dimana ianya telah ditangguhkan ke tahun hadapan, cuti semester pertama 2010.
Program Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Trengganu adalah program pertama Pesiba yang membabitkan lawatan luar daripada Kuala Lumpur dan peserta-pesertanya adalah terdiri daripada anak-anak remaja pekak. Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak remaja tentang keindahan alam semulajadi,sejarah negeri,cara kehidupan dan kecantikan pusat-pusat pelancongan di Pantai Timur.
Anak-anak remaja pekak akan dibawa melawat kampong nelayan,pelabuhan kapal/bot nelayan, tempat-tempat bersejarah, tempat pembuatan kain songket dan batik , barang-barang tembaga, kilang keropok lekor dan keropok kering dan masjid kristal serta lain-lain tempat yang akan memberi manfaat dan pendidikan.
Pesiba juga akan bekerjasama dengan UiTM Dungun untuk memberi peluang kepada anak-anak remaja pekak untuk membuat lawatan serta mengadakan program-program pendidikan dan motivasi.
Tarikh yang dicadangkan ialah pada 18hb, 19hb dan 20hb Disember 2009. Anak-anak remja yang berminat, sila hubungi pejabat persatuan untuk pendaftaran awal. Tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja. Bayarannya belum ditentukan dan anggaran perbelajaan adalah lebih kurang RM50.00 seorang untuk 3 hari.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR



Kelas Pengembangan Bahasa, Pesiba Smart Centre akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar-pelajarnya yang berumur 7 tahun hingga 13 tahun pada hari Sabtu 31hb Oktober 2009 .
Pelajar-pelajar akan di bawa melawat tempat-tempat bersejarah disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PEMBATALAN PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH

Dukacitanya dimaklumkan bahawa program Pemantapan Akidah anjuran JAKIM dan Pesiba telah ditangguhkan kepada satu masa kelak kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakan. Pihak pesiba memohon ribuan ampun dan maaf kepada peserta-peserta yang telah mendaftarkan nama mereka. InsyaAllah pihak JAKIM akan Pesiba akan mengadakan program ini pada awal tahun hadapan.
Yang Dipertua .

Khamis, 27 Ogos 2009

PROGRAM IHYA RAMDHAN BERSAMA ORANG KURANG UPAYA PENDENGARAN

Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pesiba akan mengadakan Program Ihya Ramadhan bersama Orang Kurang Upaya Pendengaran pada 30hb & 31hb Ogos 2009 bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, pihak pesiba dengan sukacitanya menjemput anak-anak dan remaja pekak untuk bersama-sama menghadirkan diri di dalam program tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga ke majlis berbuka puasa dan seterusnya bersama-sama mendirikan solat terawih. Pada pukul 3.00 pagi hari isnin majlis Qiamulail akan di adakan beserta dengan kuliah subuh.

Ahad, 23 Ogos 2009

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH DAN PENGHAYATAN ISLAM



Pesiba dengan kerjasama Unit OKU ,Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) akan mengadakan program Kursus Pemantapan Akidah dan Penghayatan Islam untuk remaja pekak bertempat di:



Tarikh Program - 30hb Oktober - 1hb November 2009

Institut Latihan Dakawah Selangor ( ILDAS)
Sungai Lang Parit Baru
Sungai Air Tawar
45100 Sabak Bernam. Selangor

Keutamaan akan diberikan kepada remaja pekak daripada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah dan sekolah vokasional seluruh Malaysia. Juga tidak ketinggalan remaja-remaja lepasan sekolah khasnya daripada ahli-ahli daripada Persatuan-Persatuan Orang Pekak Negeri-Negeri dan ahli-ahli gabungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Beberapa slot penerangan dan ceramah akan diterapkan dalam kursus tersebut yang diharapkan ianya memberi manfaat dan panduan untuk peserta mengarungi kehidupan sebagai hamba Allah yang diredahi. Antara tajuk perbincangan ialah mengenal diri, solat membentuk peribadi mulia , konsep tauhid , akidah islamiah dan muhasabah diri.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, sila hubungi pejabat Pesiba di talian 03-26972113 atau sms 017-2892254 untuk mendapat keterangan lanjut. Tempat adalah terhad dan tiada bayaran dikenakan.

Rabu, 22 Julai 2009

PROGRAM MUTIARA HATI 11








PROGRAM MUTIARA HATI II .
SEK.MENENGAH.PEN.KHAS PERSEKUTUAN P.PINANG
PADA 18HB JULAI-19HB JULAI 2009, DEWAN KHIR JOHARI
Pesiba dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang turut menjayakan program tersebut yang berlangsung di dewan Khir Johari. Program tersebut telah mendapat sambutan baik daripada ibu bapa dan penjaga serta pelajar sekolah tersebut. Di antara program yang diberikan kepada ibu bapa dan pelajar tersebut ialah program motivasi diri dan jati diri. Pesiba mewakilkan Tuan Haji Md Nadzri dan Tuan Haji Fahro Rozi sebagai fasilitator program.
Pesiba mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama sekali kepada Pengetua sekolah, Puan Noormala Bt Mohamed yang sudi menjemput pesiba untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

Rabu, 15 Julai 2009

DISKRIMINASI MASIH UJUD



Nik Farena Camylia, adalah remaja OKU pendengaran dan juga adalah salah seorang calon yang berkelayakkan untuk menjadi seorang pendidik. beliau telah mempunyai syarat-syarat kelayakkan akademik dan ko-kurikulum untuk memasuki Maktab Perguruan. Malangnya keputusan yang diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan menolak permohonannya atas faktor umur yang melebihi had kelayakkan telah menjejaskan peluang untuk memenuhi cita-citanya.

Untuk pengetahuan, pada sekitar tahun duapuluhan (2001) anak-anak kurang upaya pendengaran disaran dan diwajibkan berada dan belajar di sekolah rendah selama lapan tahun. Iaitu satu tahun lebih berada di tahun satu dan dua tahun di tahun enam dan kemudiannya ke sekolah menegah. Selepas SPM anak-anak ini telah mencapai umur 20 tahun.

Masalah teknikal dan prosedur seperti ini adalah salah satu sebab mengapa Nik Farena telah ditolak permohonannya. Kes seperti ini juga terjadi kepada anak saya ketika memohon memasuki Maktab Perguruan 3 tahun dahulu. Dan berkemugkinan lagi perkara seperti ini akan berulang pada setiap tahun dan ini adalah satu diskriminasi terhadap oku cacat pendegaran yang berkelayakkan.

Pokoknya kita tidak perlu memberitahu rakyat Malaysia, bahawasanya kerajaan amat perihatin kepada golongan orang kurang upaya. Berilah sedikit kelonggaran kepada mereka kerana mereka amat tersiksa semasa di alam persekolahan, menduduki setiap peperiksaan seperti UPSR , PMR dan SPM dengan menghadapi kertas peperiksan yang sama tarafnya dengan pelajar-pelajar normal.

Kita pasti akan merasa kerugian kerana mereka mempunyai kelayakkan tetapi faktor umur telah membantut cita-cita mereka untuk menjadi seorang pendidik. Hak-hak mereka telah disekat disebabkan masalah yang kecil lagi remeh. Berilah peluang kepada mereka kerana mereka juga ingin berbakti kepada masyarakat dan negara. Semuga kes ini mendapat perhatian daripada Kementerian-Kementerian yang berkenaan.

Selasa, 7 Julai 2009

UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH


Ahli Majlis Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga Anak-Anak Pekak Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.Bhg Dato Haji Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim beserta rombongannya termasuk Pengarah Bahagian Operasi dan Dakwah Jakim serta kakitangan yang sudi hadir bersama-sama anak-anak pekak dan dewasa pekak di dalam Majlis Ziarah Ukhuwah dengan Ketua Pengarah Jakim.

Semuga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak persatuan dengan pihak JAKIM. Keperihatinan pihak Jakim terutama sekali Y.Bhg Dato untuk bersama-sama dengan persatuan menjana masyarakat penyayang amatlah di alu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.