SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Isnin, 28 Julai 2008



Petikan dari Laman Web.............

Gejala Sosial Remaja Pekak dari kacamata Remaja Normal.



AlKisaHNya..Aku Ni TiNGGaL di SeBuah BAndAraYA di SeLanGoR Nie.. SaPe Yg TinGgAL KAt BAnDar ni,Tau La beRapa RamAi oRang BiSu kAt siNI.. KebANyaKAn YG Kita LiHAT IaLAh ReMaJa...Aku BukAn APe,Aku muSykiL lIhat DorANg nie.. :no: KadaNg2 AKu GeleNg KepalA tGok GelaGat DoRAng. MemaNg X DInAFikAN MerEkA JuGA mAnuSIa BiAse.. YanG Aku seDiH sGt, AkU LiHAt SegElInTir DorANg Ni SukEr LEpAk,X kIra LAki PomPuaN.. Ade Yg Mat ReMpiT..RamBut Pon StyLo..Yg PomPuAn LAk SekSi gILers...Lagi MenYayAt hAti..Yg PoMpUan Tu Bleh PLak SmoKIng DI kHaLayAk RamAi :ohmy: .. Aku X PeRNAh NamPAK reMaJA PoMpUan Yg X BiSu IsaP RoKok di KhaLayAk UmUm.....Ni dAhLa BisU,Isap RoKOk Laks..LelAKi PLak dGn MotoNya MengALaHkan Mat RemPit Yg SediA Ade..Isk..Aku Pon X TAu NAk cKAp APe..So PAda PenDapaT KoRAng McMner... :unsure: Ape PAnDanGAn KoRAng PerKArA ni???

Komen pertama.

owhhh kirenye sambil isap rokoksambil wat bahase isyarat....ntah laa..trend agaknye...nk buat cmner...derang kategori sosial di klgn org bisu...

Komen kedua..

Aku x setuju klu nk kata dorg dipinggirkan.. Bukan dorg dipinggirkan tp cume kita x leh nk berbahasa dgn dorg.. Adik member aku pun ade bisu,time dtg rumh aku..ok jer..time nk berbual kitorg taip kat hp,xpon tulis ats kertas... Tp aku rasa terpulang pada diri sendiri...Mungkin dorg x sedar..mereka ade kekurangan...

Komen ketiga..

herm... remaja tu x kira la perempuan atau lelaki...tak kra bisu ataupun pekak...perasaan ingin mencuba sesuatu tu pasti ada...dan tidak hairanlah jika lihat remaja sekarang ni merokok...dah jadi macam satu trend.. perkara ni mestilah diatasi...agar tidak mencuba "benda" lain lg...perkara macam ni sikit sebanyak bermula dari rumah...perasaan memberontak... mencuba sesuatu yg baru, etc yg negatif la... inginkan kebebasan.. ada pada setiap remaja...bersamalah kita memerangi budaya negatif dikalangan remaja...klu tak kita siapa lg?? ibu bapa juga perlu memainkan peranan yg lebih penting....okes... 10sen dari aku..better watchout!!!~

Komen Ke empat

apa yang nak heran sangat org pekak ke buta buat perangai... topic starter cam nak cakap = "dah la buta, pekak, bisu, tapi perangai teruk @ dah la cacat, perangai cacat"... hahaah camtu la.... tapi perlu tau la.. diorang pon ada nafsu dan akal.... yang SEMPURNA pon teruk.. betul tak? apsal yang sempurna takleh jadi baik.. sempurna cukup semua sifat....? apsal nak heran yang kurang deria nih.... hohohoh....
Komen Kelima.

Memang betul dorg pon manusia gak..ade nafsu..Tp aku rasa sedih sgt..Tuhan dah beri dorg kekurangan biar dorg sedar diri... Klu org x bisu,isap rokok tiba2 jadi bisu,tu dah mmg kena hukum Tuhan..Ni dah terang2 Allah bg bisu tp perangai lg teruk dr org x bisu..Ape kes..Aku nak sound jer tp masa tu aku tgah ngadap ayam di KFC..Dorg betul2 lepak kat seblah KFC tu. Adik lelaki aku siap sound ' Muke cantik walaupon bisu tapi syangnya...."..Korang phm2 la penyambung ayat tu...AKu cume nak luahkan jer rasa sedih tgok golongn mcm tu jd x betul,sosial sgt.. Aku sedih tgok org2 bisu. Aku x dpt bygkan klu aku bisu.. :no: Tapi dorg mcm xde perasaan lak...Adeh... Semoga Tuhan buka pintu taubat kat dorang semua...


Apa komen anda............anak anda,...... komuniti anda.....!!!!!!

Ahad, 20 Julai 2008


PPSMI - Pembelajaran dan Pengajaran Sains serta Matamatik dalam bahasa Inggeris

Adakah kerajaan akan meneruskan dasar PPSMI sepertimana dirancang atau kembali kepada penggunaan dwi bahasa seperti yang dilakukan sekarang ?

Penulis menyarankan dan berpendapat kita harus kembali kepada penguasaan Bahasa Melayu atau kekal dengan penggunaan dwi bahasa yang sedia ada sekarang ini sehingga Kementerian Pelajaran memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris sejak diperingkat sekolah rendah. PPSMI juga mungkin gagal mencapai matlamat kerana para pendidik-pendidik sendiri kurang menguasai bahasa inggeris serta tahap penerimaan dan kefahaman pelajar begitu rendah apabila di ajar dalam bahasa inggeris.


Di negara Barat seperti Perancis, Jerman dan di negara Jepun, mereka masih mengekalkan bahasa ibunda masing-masing di dalam sistem pelajaran dan pembelajaran dan mereka masih mampu menjadi kuasa-kuasa besar ekonomi dunia.


Bagi ibu bapa kepada pelajar-pelajar pekak, mereka amat gusar kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris untuk anak-anak pekak amatlah rendah dan menyukarkan kerana pendidik-pendidik perlu menguasai dua bahasa di dalam satu masa serentak di dalam proses pembelajaran dan pengajaran iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Isyarat.


Pelajar-pelajar pekak perlu belajar dengan lebih berhati-hati di dalam proses pembelajaran dalam bahasa ini kerana di dalam pelajaran bahasa Malaysia itu sendiri pun susah untuk menghayatinya. Mereka terpaksa bersaing dan berhadapan dengan ujian atau peperiksaan yang setaraf dengan pelajar normal.

Selasa, 8 Julai 2008

BAHASA KOMUNIKASI ORANG PEKAK


Terdapat 4 bahasa komunikasi untuk orang pekak yang boleh digunapakai dan yang manakah satu yang boleh kita iiktirafkan sebagai Bahasa Komunikasi untuk mereka.


1. Kod Tangan Bahasa Melayu ( Kom.Seluroh Kod Tangan Bahasa Melayu) KTBM
2. Bahasa Isyarat Malaysia - BIM
3. Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia - PKBM
4. Penulisan Bahasa Malaysia - PBM

berpandukan kepada ukuran ketidakupayaan pendengaran sepertimana di bawah, penulis berpendapat bahawa intervensi awalan untuk anak-anak pekak mempelajari serta menguasai bahasa komunikasi hendaklah berpandukan kepada tahap pendengaran masing-masing dan tiada paksaan untuk mereka untuk memilih bahasa yang akan digunakan. Semua jenis bahasa komunikasi yang tersebut di atas adalah terbaik dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk memilihnya.
1. minimum (mild) - ( 20 - 30db
2. sederhana ( moderate ) - ( 30 -60db )
3. Teruk ( severe ) - ( 60 - 90db)
4. Sangat Teruk ( Profound ) - ( melebihi 90db )
Semuga pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membuat kajian keseluruhan sebelum membuat keputusan bahasa komunikasi yang manakah yang perlu di iktiraf sebagai bahasa komunikasi di dalam sistem pembelajaran dan pelajaran untuk anak-anak pekak.

Sila lihat : http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/artikel.html