SELAMAT DATANG

KUALA LUMPUR SOCIETY OF PARENT AND GUARDIAN OF DEAF CHILDREN

No. Pendaftaran Pertubuhan : PPM/WP 374/01/(3) (WP 770)

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI :

Pesiba Smart Centre
403 ,Tingkat 3,
Jalan Tuanku Abdul Rahman ( Hadapan Mydin Chow Kit )
50100 Kuala Lumpur.

Tel & Fax : 03- 26972113 , email - pesibakl@yahoo.com
Hot Lines & Sms : Pesiba Smart Centre - 017-2892254
Hot line Penulis : 012-6627699


AHLI GABUNGAN
PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Ahad, 20 Julai 2008


PPSMI - Pembelajaran dan Pengajaran Sains serta Matamatik dalam bahasa Inggeris

Adakah kerajaan akan meneruskan dasar PPSMI sepertimana dirancang atau kembali kepada penggunaan dwi bahasa seperti yang dilakukan sekarang ?

Penulis menyarankan dan berpendapat kita harus kembali kepada penguasaan Bahasa Melayu atau kekal dengan penggunaan dwi bahasa yang sedia ada sekarang ini sehingga Kementerian Pelajaran memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris sejak diperingkat sekolah rendah. PPSMI juga mungkin gagal mencapai matlamat kerana para pendidik-pendidik sendiri kurang menguasai bahasa inggeris serta tahap penerimaan dan kefahaman pelajar begitu rendah apabila di ajar dalam bahasa inggeris.


Di negara Barat seperti Perancis, Jerman dan di negara Jepun, mereka masih mengekalkan bahasa ibunda masing-masing di dalam sistem pelajaran dan pembelajaran dan mereka masih mampu menjadi kuasa-kuasa besar ekonomi dunia.


Bagi ibu bapa kepada pelajar-pelajar pekak, mereka amat gusar kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris untuk anak-anak pekak amatlah rendah dan menyukarkan kerana pendidik-pendidik perlu menguasai dua bahasa di dalam satu masa serentak di dalam proses pembelajaran dan pengajaran iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Isyarat.


Pelajar-pelajar pekak perlu belajar dengan lebih berhati-hati di dalam proses pembelajaran dalam bahasa ini kerana di dalam pelajaran bahasa Malaysia itu sendiri pun susah untuk menghayatinya. Mereka terpaksa bersaing dan berhadapan dengan ujian atau peperiksaan yang setaraf dengan pelajar normal.

1 ulasan:

  1. Persatuan akan mengambil langkah-langkah yang perlu memastikan pelejar -pelajar pekak tidak ketinggalan.

    BalasPadam